About Me

My photo
sepang, selangor, Malaysia
ijah sayang mak,abah dgn semue..!! :D

Thursday, March 31, 2011

*SABAR*

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Seloka : Cinta Di Mata Remaja

Apa nak jadi dengan manusia,

semua benda nak kongsi bersama,

air segelas minum berdua,

konon setia katanya.

Yang lagi dahsyat,

berjalan kemana-mana pun nak berdua,

dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,

macam belangkas sentiasa berdua.

Inilah bahana orang bercinta,

bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.

Inilah sekarang punya remaja,

maaf andai terkasar bahasa,

bukan mengutuk bukan mengata,

semuanya realiti benar belaka.

Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?

Kalau buta dimana matanya?

Ada yang kata cinta itu gila...

macam-macam pengertian remaja,

pening kepala dibuatnya.

Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,

untuk buat suka-suka,

untuk seronok-seronok saja.

Ada yang kata cinta itu,

C - cinta

I - itu

N - nikmati

T - tubuh

A - anda

tak ke melampau namanya?!

Manusia manusia...

Muda-muda dah gatal nak bercinta,

konon dah cukup remaja,

tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,

dah tak tau nak cakap apa,

kalau ditegur bukannya nak dengar kata,

bila nasihat ada-ada saja jawapannya..

darah muda... macam tu la gayanya...

Mula-mula kenal sms dan chat saja,

bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa

dari berkawan jadi bercinta.

Bila dah bercinta...

Bila dah bercinta macam2 ragamnya,

sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,

itulah kata-kata manis si dia.

Bila berjumpa nak berdua aja,

konon nak privasi katanya,

dia tak tau ada orang ketiga,

yelah benda tak nampak di mata.

Mula-mula bercinta semua cantik di mata,

yang panas pun sejuk katanya.

Manusia manusia...

Inilah permainan dunia...

benar kata orang cinta itu buta,

tapi kalau buta dimana matanya...

Inilah yang buat aku tertanya-tanya.

Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,

cinta takkan dapat kalau tak diberi...

Betul ke?

Sukar untuk aku percaya...

Tapi inilah hakikatnya.

Mind is the greatest gift,

gunakan lah sebaiknya.

Cintailah Yang Maha Mencintai...

SERONOK~



seronok seronok!!!
semue orang balik....
emah,sarah,eki,ewan,ano,eya,abg iwan dgn abah semue ade!!
xsia2 la lari dr lab fisio balik arini...
qila dgn dila pun ade! yeayh!
dah lame xgathering camni....
SERONOK~~~~

Wednesday, March 30, 2011

rindu mak!! :I

tiba2 rindu kat mak.....ijah doakan mak slalu...harap mak tenang kat sane,,, :)

Monday, March 28, 2011

skema2 kan bagus.. =_="






sorong papan tarik papan,
es kem kladi kale ungu,
assignment aku tgk mcm dah sebeban,
boleh x aku nak buat2 xtau??
=_="

malasnye nak buat lg....

eh mizah,jgn malas la...kate nak jd rajin cam budak tu...
err,,,,kalau nak jd rajin kenela siapkan assignment tuh...
buat cincai2 pun xpe.janji siap.boleh kan camtu?
eh,xnak2..pasni nak jd skema camni....
hihii... :D

Sunday, March 27, 2011

kenapa???


pagi ni ade test...tp wat bodoh je...ilang mood laa...aahhh!! camne nak jawab ni...harap xsusah,,,kenapa skarang aku semakin xde semngat nak blajar..sejak arwah mak dah xde,,patut kan btambah semangat...mane nak dpt semangat ni balik...susah la...somebody help me! :'(

Tuesday, March 22, 2011

sayang abang! :)


sayang abang iwan..walaupun xsame mak...kami sgt rapat selepas arwah mak meninggalkan kami semua...abang iwan.. a.k.a. mohd syazwan...tibe2 kembali semula dgn kami..rase seronok sgt..yg paling menyeronokkan bile semalam 21 Mac 2011 abang hadiahkan aku kek SECRET RECIPE (tiramisu)..terima kasih abang!! ijah sayang abang! :)

abang iwan skarang baik dgn kitorg...tapi aku rase die pun ade masalah tinggal dgn kitorg sbnarnye..abg slalu cerite masalah kat ijah..hari2 sms ijah.selagi ijah boleh tlg abg,ijah tlg jugak..tp bg nasihat je la..takpun tlg pujuk abah,,abah ok ckit ngn ijah dlm rmai2 ade bradek nih..kadang2 time ijah ade masalah pun abang yg slalu tlg..ijah da xde tempat mngadu lain sejak arwah mak da xde ni.abg je yg slalu tlg ijah.ijah xde kat rumah pun kdg2 abg suh balik..tp ijah suke ckp dgn abg.abg berfikiran matang,boleh faham ijah.adek bradek lain mmg xyah ckp la.aish..semue nak ikut marah sdri je..ijah tgk abg sygkan kitorg wlaupun kitorg xseibu pun dgn abg.abg xpernah berkire dgn kitorg.abg mmg baik.abg pun sanggup ulang alik amik ijah kat upm ni walaupun abah slalu bising2 bazir duet minyak,.hah
haha,,,time ijah nak mkn gulai pun abg sanggup masakkan,,,pandai gak an abg masak..ank lelaki jati n9 la konon.kahkah...
tapi paling me
ngharukan bile abg sanggup dtg upm ambik ijah g mkn kat luar semate2 je bile ijah kate lapar..huhuhu...seronok!! :D tp kesian abg disebabkan nak uruskan kitorg abg xbjumpe jodoh lg..tapi ijah yakin abg akan bertemu jgak nnt..heehee,,insyaallah kalau jodo
h sampai..ijah pun slalu doakan abg gak..
satu hal lg mmg xboleh dihalang la..abg suke memancing kan..mmg lelaki sejati la bg ijah kalau lelaki yg suke memancing nih..hihih...sebenarnye hadiah hari jadi abg nnt ijah nk bg 1 penn utk abg,.,tunggu la..surprise utk abg..hehe..nas
eb baik abg xtau blog ni.so xdpt la bace.boleh surprise ckit nnt..hahahah...
abg tunggu tau nnt...heheh..ijah syg abg byk2..harap abg dgn kitorg kitorg slalu...jadi happy family mcm dulu walaupun arwah mak dah xde,,, :D

Sunday, March 6, 2011

terserah pada kau...

aku nak berubah..aku xnak la mengata kau lg..aku rasa mcm dah byk sangat buat dosa skarang nih...biarlah tuhan je yg menentukan..aku tau yg aku memang xberhak untuk menghukum sesiapa walaupun aku ade sedikit teraniaya..aku akan serahkan semuanya pada allah untuk menentukan..aku akan ikut contoh arwah mak aku yg dulunya xpernah menganiaya org sebaliknya dia sendiri yg byk teraniaya.tapi dia sedikit pun xmembalas apa2 yg menyebabkan dia jd mcm tu..aku tau...mungkin kau xnak berubah atau belum masanya lg..tapi aku yakin satu hari nnt kau akan berubah jugak..cuma perlukan masa.satu hari nnt semua org akan disenangi kau.cuma aku harap tuhan bukakan hati kau utk berubah ke jalan yg baik.aku doakan kau betul2 boleh berubah dan disenangi ramai.aku pun sedih bila tgk kau jd mcm tu.sepatutnya sebagai rakan sebilik kita semua mestilah berkongsi segala suka duka bersama2..tapi,,,,,sekarang ni mcm dah rumit aku tgk.aku harap kau cepatla berubah dan kita semua akan jd mcm dulu balik tanpa rasa hipokrit dan sebagainya.tentang masalah kau dan aku,salah kau kat aku,aku dah lama maafkan...aku pun berharap yg kau akan maafkan aku.aku tau yg aku pun ada jugak bersalah dgn kau.aku sgt berharap yg keadaan akan menjadi baik semula dan kau sanggup minta maaf dan betul2 menyesali segala perbuatan buruk kau.kami sentiasa membuka hati kami utk menerima kau kalau kau memang betul2 nak berubah dan tidak mengulangi segala kesalahan2 bodoh tu dan kembali ke jalan yg baik... friends can be forever kalau kita benar2 ikhlas dan jujur atas setiap perkara yg kita lakukan demi persahabatan kita semua.aku xsanggup lg tgk kau mcm tu.dipinggirkan.tapi aku harap kau cepat2 la sedar dan berubah.kami semua sedia menerima kau semula dgn hidup yg baru! :D